Monday 7 May 2012

Risau

Assalamu'alaikum..
aku risau..aku takut kehilangan lagi..



Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya,aku mohon..tenangkanlah hatiku.berikanlah kami petunjuk.Selamatkanlah keluarga kami. Engkau Maha Berkuasa.

Aku redha dgn ujian-Mu Ya Allah.Aku mohon, kasihanilah hamba-hambaMu ini Ya Allah. Aku cuba untuk kuat.Namun sekuat manapun aku mencuba,aku sedar di satu persimpangan aku rebah. kerana aku insan biasa.

Berita yang baharu aku terima benar2 mnggangu fikiran. Ada kalanya aku rs ingin jatuh tersungkur menerima ujian yg datang bertimpa-timpa. Aku tahu aku tidak boleh mengalah.menyalahi takdir?tidak sama sekali. Cuma aku mohon,aku berdoa, moga segalanya akan dipermudahkan. Pada siapa lagi tempat aku berserah.

Bantulah kami Ya Allah. Beri keluargaku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku juga harus kuat. Untuk hadapi segalanya. InsyaAllah.

P/s : senyum dalam keresahan  :')

No comments:

Post a Comment