Monday 7 May 2012

Risau

Assalamu'alaikum..
aku risau..aku takut kehilangan lagi..



Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya,aku mohon..tenangkanlah hatiku.berikanlah kami petunjuk.Selamatkanlah keluarga kami. Engkau Maha Berkuasa.

Aku redha dgn ujian-Mu Ya Allah.Aku mohon, kasihanilah hamba-hambaMu ini Ya Allah. Aku cuba untuk kuat.Namun sekuat manapun aku mencuba,aku sedar di satu persimpangan aku rebah. kerana aku insan biasa.

Berita yang baharu aku terima benar2 mnggangu fikiran. Ada kalanya aku rs ingin jatuh tersungkur menerima ujian yg datang bertimpa-timpa. Aku tahu aku tidak boleh mengalah.menyalahi takdir?tidak sama sekali. Cuma aku mohon,aku berdoa, moga segalanya akan dipermudahkan. Pada siapa lagi tempat aku berserah.

Bantulah kami Ya Allah. Beri keluargaku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku juga harus kuat. Untuk hadapi segalanya. InsyaAllah.

P/s : senyum dalam keresahan  :')

Saturday 5 May 2012

MAAF

Asaalamulaikum..

Maaf?ya,aku nk mntak maaf kt suma.suma yg kenal aku.dr kecik smpai besar.atau lebih tepat,smpai aku dewasa dh sekaang tp perangai msh mcm kanak2 ribena  ^___________^

Sbb?takut x smpat nk mntak maaf kt suma bila aku xda lg kt dunia ni.

Kata MAAF ditujukan buat >>>>>
1.makbapak.trimakasih sbb jg dr kecik smpai besor & tahan karenah anak gadis tunggal yg bmacam ragam nih. >.<

2.Kwan-kawan.entry lepas aku ada luah ttg aku 'sendiri'.ya,aku SILAP.aku xbleh hdup sndiri.aku pelukan kwn2.tq ghostbird atas nasihat..kalau ada antara kwn2 aku yg bc entry nih, AKU MINTAK MAAF k kat korg kalau ada slh n silap spnjg kta bkenalan.aku insan biasa, ada kelemahan.sayang korg.

3.Sume yg penah mngenali diri aku. Maaf ye pakcik,makcik,abang,kakak,puan,cik,awak,blablabla....~

Lafaz MAAF mmg sukar.aku x nafikan tu.tp kita kena bljr memafkan org lain dan jugak diri sendiri.biar sakit manapun hati kita, kta pelu sedar hidup ni x lama.bila2 masa Allah boleh tarik nyawa kita.masa tu dapat ke kita mnyesal?fikirkan.(peringatan buat diri sendiri sbnrnya slps bermuhasabah).

Sblm tido,marilah kita sama2 maafkan kesalahan sume org yg di sekeliling kita. InsyaALLAH, org lain pun akan dilembutkan hatinya untuk memafkan kita.

p/s: mmg sukar untuk lafazkan kata MAAF,tp cubalah dgn disertai dgn KEIKHLASAN..insyaALLAH : )
      ♥♥♥

Tuesday 1 May 2012

Ujian

Saat jari melakar tinta..cebisan air mata turut mengiringi tinta kali ini.bukan kerana aku tidak tabah.bukan kerana aku menyalahi takdirMu Ya Allah..tidak sama sekali..

Tapi kerana aku LEMAH. aku tidak berdaya utk menghadapi semua ujian yg Engkau berikan..sehingga aku rasakan sukar utk aku bdiri mengharungi ujian itu seorang diri.Baru sahaja menerima berita pemergian makcik menghadapMu Ya Allah..moga ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.

Dan paling tidak dpt dilupakan peristiwa semalam.Dari pagi jiwa aku kacau, x tenang, rs nk balik cepat.tak tau kenapa.nasib baik kelas habis jam 1030.Aku truz ambk makbapak dkt tmpt yg dh djnjikan. Dlm pjalanan sesuatu tjadi, syukur Allah beri jalan n xda pa2 yg teruk tjadi.Terima kasih la kpd "seseorg" yg tdk btanggungjwb ats kesalahan sndiri. Lain kali pandu bhati2 spy x mmbahayakan org lain.

Masa snggah bl brg, hp bapak bbunyi.tp blm smpat nk jwb, dh diletak.bpk aku heran sbb kalau abg sulung aku telefon,mst byk yg dibualkan,tp abg aku byk diam dan truz letak hp.bpk aku rs xsedap hati.muka risau semacam.smpai kt rumah, aku rs perasaan mkin xtenang.kenapa ni Ya Allah?aku beristighfar dlm hati. Smpai dpn pntu aku thidu bau darah!dr mana pulak dtg bau ni??rs kuat.rs dekat.

Masuk je dpn pntu aku tgk drh dkt lantai.bkn main tkejut bila tgk abg aku tbaring di kerusi dgn muka penuh darah.aku rs mcm nk pengsan.abg aku tjatuh, muka dia kena meja n bdarah.bpk aku dh xdpt nk kata apa.mak aku dh menangis tgk keadaan mcm tu.kami bgegas pg klinik yg bdekatan,tp dsuruh pg hospital sbb diorg xsnggup nk jahit.aku kena balik ke rumah dulu sbb kena ambk adk yg baru balik dr sekolah.

Sampai ke malam kami dkt hospital.Syukur abg aku dbenarkan keluar n xjadi dtahan. Terima kasih buat ghostbird sbb sudi teman kami sekeluarga, smpai malam tggu. Masa nilah aku sedar erti sahabat sebenar.susah utk kita cr kwn yg benar2 sudi bkongsi kesedihan kita.masa ketawa mmg ramai. Walaupun sdih, aku kena kuatkan diri.demi keluarga. Aku tahan air mata sbb xnak mak tgk.Aku tau mak sedih. Aku kena kuat!Aku bersyukur Ya Allah, Engkau telah selamatkan abgku.

byk ujian yg aku lalui 2 minggu ni.Aku muhasabah diri.Ujian tanda Allah sayang pada hambaNya.Aku bsyukur padaMu Ya Allah. Kuatkanlah hati hambaMu ini.demi diri.demi keluarga.demi org yg aku sayang.Peliharailah keluargaku dr sebarang bahaya.Aku xda sesiapa lagi selain mereka.

p/s: Sendiri :')